Wednesday, February 2, 2011

SELAMAT MEMBACA...


HAPPY READING 6_6

Assalammualaikum & salam sejahtera...

     Apa khabar semua? Diharap semuanya baik-baik sahaja. Apa-apa pun Nuur amat berharap sangat agar segala yang Nuur akan kongsikan menerusi blog ini dapat memberikan sesuatu yang berguna buat semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca perkongsian Nuur ini.

     Bagi Nuur, kehidupan ini satu perkongsian. Mana tidaknya, di bumi ini kita berkongsi udara yang sama, berpijak atas tanah yang sama dan saling memerlukan. Sebagai manusia, kita perlu saling mengingatkan, saling menyampaikan agar nilai-nilai kemanusiaan yang patut kita ada tak luput disebabkan sifat mementingkan diri sendiri yang bermaharajalela dalam diri. Inshaallah, sekiranya kita membantu orang lain, Allah akan sentiasa membuka jalan-Nya untuk kita... dengan itu hidup kita dapat dilalui dengan tenang walaupun perlu lalui pelbagai ranjau kehidupan.

    Blog Nuur ini lebih kepada perkongsian daripada pengalaman, bacaan dan juga bersifat ke arah membentuk pemikiran positif dengan adanya unsur agama, motivasi, hiburan, info kesihatan dan bermacam-macam lagi. Terima kasih yang amat bagi semua yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi buat Nuur bagi menulis dan berkongsi melalui blog ini....  SELAMAT MEMBACA!


Yang ikhlas;

 Nuur ;)                                                                                                                           

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...