Wednesday, April 13, 2011

godaan iblis terhadap WANITA..


HAPPY READING 6_6


✿ Godaan Iblis terhadap Wanita ✿


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".


3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)


*Syaitan tidak pernah berhenti menggoda kita malah tidak pernah berputus asa. Mereka mula 'bekerja' sejak kita bangun tidur lagi, membisikkan kelazatan tidur tatkala azan subuh bergema. Malah, ketika solat pun, mereka lafazkan godaan demi godaan.

Seorang alim pernah bertanya kepada muridnya yang akan merantau jauh.

Alim:  Jika syaitan datang menghasutmu, apakah akan kamu lakukan?

Murid:  Saya akan melawan habis-habisan.

Alim:  Jika dia menggoda dengan lebih hebat lagi?

Murid:  Saya melawan dengan lebih hebat lagi.

Alim:  Oleh itu, masa kamu hanya akan habis dengan melawan syaitan. Ibaratnya kau berjalan dengan seorang lelaki yang membawa anjing lalu anjing tersebut mengganggu kamu. Apakah akan kamu lakukan? Cara yang paling mudah ialah meminta tuan anjing itu agar dijauhkan daripadanya.

Oleh itu.. ..????...


* dikongsi dari pembacaan..

Yang ikhlas;
  
  Nuur 6_6






'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

pesanan buat Srikandi Islam.. ^_^


HAPPY READING 6_6


Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!


Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula


Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!


Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG
Perempuan cantik itu
TIDAK MENGENALI DAN TIDAK DIKENALI
Perempuan cantik itu
TIDAK MENEGUR DAN TIDAK DITEGUR


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana WANITA SOLEHAH ITU
LEBIH BAIK DARIPADA
SERIBU LELAKI YANG TIDAK SOLEH



p/s :Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini
(dikongsi dari saudari serikandi islam)

Yang ikhlas;
   
  Nuur ^_6






'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Friday, April 8, 2011

d' Owner of My L.O.V.E. after Allah & Rasul (part 1).. =)


HAPPY READING 6_6

              

tiaDa Manusia YanG seMpurNa. tiaDa insan YanG tiDaK perNaH berbuaT doSa. iMan serinG berTambah daN berKuranG, turuN naIk dan ada PasaNg surutnya. begiTuLaH manusia, makhluK ‘bernaFsu’..

namun, meNcaRi YanG terBaik itU perLu. memBuaT peruBaHan iTu juGa ditunTuT. ALLaH tidaK akaN meruBah nasiB dan KeadaaN kiTa, jika kiTa sendiri enGGaN beruBaH keaRaH yang lebiH baik..^^



Yang ikhlas;
   Nuur 6_6

p/s: bakal dikupas pada bahagian 2.. terima kasih kerana sudi membaca.. 6_^

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

all about purity.. (part 1) ^_^


HAPPY READING 6_6




"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya.



Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimanakah Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya.

Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan."



Yang ikhlas;

   Nuur ^_^

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

say.. Alhamdulillah.. 6_6


HAPPY READING 6_6


Millions of reasons to thank Allah.

If U have food in your fridge, clothes on your back, a roof over your head and a place to sleep, u are richer than 75% of the entire world.



If U have money in your wallet, a little change and can go anywhere u want, U are among top 18% of the world's wealthy people.

If U woke up this morning with more health than illness, u are more blessed than the million people who will not survive this week and die.

If U can actually 'READ' this message. you are more fortunate than 3 billion people in the world who cannot see, cannot read or suffer mental retardation.

Life is not complaining about pain from others. Its about a thousand other reasons to Thank Allah..

Wishing u a blessed LIFE...ameen.. ^_^






'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Sunday, April 3, 2011

a PRINCESS turns into a PAUPER.. =(


HAPPY READING 6_6

                                                                                                   
       

        



'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

beautiful indicator???.. apa tu??.. 6_6


HAPPY READING 6_6




Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
apa khabar??.. ceria & sihat selalu harapnya ya.. =)


Best x video atas ni.. menarik, ada unsur humour dan yang penting mesej yang disampaikan.. Tahniah saudara mat luthfi atas mesej yang ingin disampaikan melalui video ni.. 2 thumps up.. 6_6


'' ramai yang boleh jadi cantik dengan muka, badan & pakaian.. berapa ramai yang boleh jadi cantik dengan perangai''...

cun, comel, cantik, handsome, anggun... adalah antara perkataan2 yang digunakan untuk memperincikan kecantikan seseorang.. dan ukuran kecantikan di mata setiap orang berbeza-beza.. mungkin bagi A.... B cantik.. bagi C... B biasa2 shj.. lain orang.. lain laa penilaiannya..



''Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt..''



Janganlah terlalu dirisaukan tentang fizikal kita.. kalau diikutkan hati.. kita sebagai manusia.. kita memang susah berpuas hati dengan diri kita.. bersyukurlah.. dengan kesempurnaan anggota yang Allah SWT kurniakan.. tanpanya.. adakah kita dapat merasai betapa indahnya nikmat-NYA.. alhamdulillah.. Nuur bersyukur akan kesempurnaan anggota badan yang Allah kurniakan.. biarlah tidak cantik di mata manusia.. yang penting cantik di sisi Yang Maha Esa.. cantikkanlah diri kita dengan akhlak.. tutur kata.. dan tingkah laku kita.. inshaallah.. dengan berkat & redha-NYA.. kita akan dilihat cantik di sisi-NYA...


Yang ikhlas;
  Nuur ^_^


'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

hijab; do we wear it properly???... ^_^


HAPPY READING 6_6



Assalammualaikum semua.. dan salam sejahtera..

Sebenarnya, pos kali ni Nur rasa sangat terpanggil untuk kongsikan satu entri yang amat menarik di blog milik kak sue anna joe di http://bududanbelacan.blogspot.com/..


Tak dapat dinafikan.. Nur memang sangat tertarik dengan kempen ni.. iaitu;'' hijab; wear it right campaign''.. sememangnya, tudung yang kita pakai semestinya untuk memenuhi tuntutan agama.. yang tak lain dan tak bukan untuk melindungi diri kita.. memang tak salah berfesyen.. dengan syarat; tudung, selendang, pashmina dan lain2.. perlulah menutupi dada.. kan tampak lebih manis...



lets support ''hijab; wear it right campaign''.. 
by cover our aurah properly.. and follow d right way as we r taught in islam..
its a great thing.. bcuz we as muslimah.. we r special.. and what makes us so special is that.. d need 2 cover our aurah.. this message is spread bcuz i luv all of u my friends, my sahabat.. we need to do so as..  WE ARE TOO PRECIOUS.. ^_^




'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Friday, March 25, 2011

WOW!! Biar BETUL?.. 6 juta Backlink Ke Blog Anda [ up trafik ]


HAPPY READING 6_6


Pernah tak dulu anda terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma jer..
Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
14. RezqiDotCom – Hidup Untuk Memberi                                                                   15. http://auranuur.blogspot.com/


PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!
Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.
Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan sesiapa jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).
OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.






'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Debaran Menanti Result SPM... part 2


HAPPY READING 6_6

As-salam semua..
apa kabar? moga semuanya sihat2 sahaja ya..
ermmm.. memang dah lama jugaklaa Nuur tak update blog ni..
dan hari ni rasa terpanggil2 sangat nak update..



23hb Mac 2011..
sudah pasti menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh Nuur & kawan2 semua yang menduduki SPM tahun lepas kan..


mana taknya.. tarikh inilah.. kita akan mengetahui bagaimana result kita semua..
apa2 pun tarikh ni sudah pun berlalu dan tak kira walau macam mana pun result kita.. harus kita terima dengan penuh redha dan penuh kesyukuran.. yakinlah, setiap apa yang terjadi pasti kan ada sebab dan hikmahnya..  



dan sekiranya, result kita cemerlang.. INGAAT!!!.. jangan dilupakan jasa, sumbangan, sokongan, didikan, bimbingan, ajaran dan bmacam2 lagi kebaikan dari orang sekeliling kita seperti ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan dan ramai lagi insan di luar sana yang sama ada secara langsung atau tidak langsung telah memberi sumbangan terhadap kejayaan kita..

dan jikalau.. keputusan kita pula sebaliknya.. JANGAN SEDIH!!!.. Inshaallah, banyak lagi peluang untuk kita perbaiki kesilapan kita sewaktu SPM dulu.. INGAT!!! bangkitlah setelah terjatuh.. dan jangan biarkan diri kita jatuh berkali2.. kalau macam nilaa keadaannya.. memang bahaya ni.. antara peluang yang boleh ikut kalau tak dapat asasi di universiti.. ambil lah peluang di matrikulasi.. pulun betul2.. dptkn 4.00 flat.. yakinlah.. inshaallah.. ANDA BOLEH!!! dengan SYARAT; seiringkanlah USAHA, DOA & TAWAKAL..




hahaa.. panjang pulak Nuur bebel hari ni kan..
alamak.. hampir terlupa pulak.. hehee.. dalam 'Debaran Menanti Result SPM (part 1)' dulu.. Nuur ada janjikan.. janji apa ya.. buat2 lupa pulak Nuur ni..


Nuur janji kan masa tu.. nak share keputusan Nuur..




keputusannya...







hehee... bawah lagi...


haa.. sini..
ALHAMDULILLAH...
9A..
(berapa A+, A, A-.... biarlah rahsia.. hehee.. maaf.. maaf k)

Alhamdulillah.. 
syukur ke hadrat ilahi atas segala kurniaanNYA..

Alhamdulillah.. Nuur bersyukur atas kemudahan yang Allah kurniakan kepada Nuur sepanjang tempoh hari peperiksaan SPM yang lalu.. tapi.. ini tidak bermakna Nuur terlalu bangga atau riak serta berpuas hati dengan pencapaian Nuur.. banyak lagi yang  Nuur perlu belajar dan ambil iktibar dari pencapaian Nuur ni.. yelaa.. kalau kita nak berbangga dengan pencapaian kita.. ada ramai lagi orang lain yang jauh lebih baik dari kita.. jadi, berusaha dan terus berusahalah ya..

pada hari Rabu, 23 mac masa tu.. jam 8 malam..
Nuur pun duduk laa dpn tv.. tgk Buletin Utama di TV3..
Nuur kagum dengan kegigihan seorang pelajar cacat penglihatan.. yang berjaya memperoleh 9A+.. dan pada ketika itu.. terdetik sesuatu di hati Nuur.. ''Wah, bagusnya insan istimewa ni.. tengok tu.. walau pun buta.. dia mampu dapat keputusan jauh lebih baik dari Nuur.. Nuur kena contohi & teladani insan ini.. Nuur dianugerahkan penglihatan yang baik.. tapi Nuur tak betul2 hargai anugerah ALLAH yang terindah ini.. astaghfirullahala'zim.. (bercampur kesal dan bersyukur.. kesal sebab tak betul2 gunakan penglihatan yang baik untuk betul2 fokus.. dan b'syukur sebab dberi kesedaran.. azam Nuur.. waktu buat medic nanti.. Nuur akan buat yang terbaik.. dan FOKUS.. ini satu azam, bukan janji..)...


baiklah kawan2.. setakat ini sahaja ya.. post kita kali ni..
buat kawan2 di luar sana semua.. sama2lah kita panjat tangga kejayaan kita..
dan jangan pernah dengki dengan insan yang jauh lebih berjaya dari kita..
tapi.. contohilah kegigihan dan kesungguhan mereka..

tak lupa juga..
TAHNIAH.. CONGRATULATIONS..
kawan2 semua.. 
moga sama2 kita m'peroleh kejayaan dunia & akhirat..


yang ikhlas,
Nuur =]

p/s: sebenarnya, bukan betapa pintar kita atau dia yang menentukan result & kejayaan kita.. tapi.. usaha dan keberkatan atas usaha kita.. baiklah kawan2.. all d best.. jangan pernah putus asa ya.. CHAIYOK.. USAHA, DOA & TAWAKAL ya.. =]





'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...