Saturday, February 5, 2011

Impian & Cita-Citaku...


HAPPY READING 6_6

Semua orang punyai impian dan cita-cita... 
Cuma apa yang dimpikan dan dicitakan sahaja berbeza...
Ada yang mahu jadi kaya.. nak jadi popular.. dan macam2 lagilaa..


"Adik sayang ibu tak? Bila besar nanti adik nak jadi apa ya? Ibu tak kisah.. tapi yang penting kita mestilah berusaha sebaik yang boleh dalam apa yang kita lakukan.." kata si ibu.


" Ibu, bila besar nanti adik nak jadi angkasawan.. Adik nak pergi bulan.. lepas tu nak singgah kat planet2 lain.. boleh tak ibu???"..jawab si anak..


Ermm.. cuba baca dialog antara ibu dan anak di atas.. Nampak kan bagaimana seorang anak kecil sudah mula memasang impian dan cita-cita.. Mungkin ramai juga di luar sana yang memasang cita-cita yang sama.. Cuma yang sebenarnya.. apa yang membezakan kita dengan yang lain ialah... bagaimana kita berusaha untuk menjadikan impian dan cita-cita kita tu satu realiti...


Nuur juga ada impian dan cita-cita Nuur sendiri..
Agaknya apa ya??
Kalau nak tau..
Di bawah ni laa jawapannya.. =)

Sejak kecil lagi, Nuur dah pasang cita-cita untuk menjadi seorang doktor.. cuma waktu kecik2 dulu tak 'specific' lagi.. kepakaran apa yang Nuur nak ambik nanti.. tapi sekarang.. Nuur bercita2 untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan.. 


Adakah Nuur berjaya merealisasikan cita2 Nuur ???
atau...
Adakah apa yang Nuur cita2kan selama ni hanya akan tinggal mimpi.. seperti tidur yang diulit mimpi indah.. selama berbelasan tahun kehidupan Nuur ???


Kita sama2 nantikan ya..


BUT.. for me.. there's nothing impossible.. and mission is possible.. Inshaallah..
EXCEPT IF.. you don't give your best to make your dream a reality.. 
you need to have a very high self motivation in yourself.. you can do it.. neglecting what people say about the difficulties to join the field..
but for me.. 
I'm always hold to this wise words..


A pessimist sees difficulties.. in every oppurtinity,
but an optimist sees oppurtinities.. in every difficulty..


Look, how the difference in the perspectives that both have on something..
And I've been decided a long time before to be the second one.. an OPTIMIST.. =)


Kalau nak berjaya.. kita kena usaha..
Pepatah Melayu pun ada mengatakan..


Kalau tak dipecahkan ruyung,
Manakan dapat sagunya..


Jadi.. adakah kita sekadar mahu memasang cita2.. tanpa berusaha untuk mencapainya.. tolonglah.. kita sendiri yang perlu tolong diri kita untuk merealisasikan segala impian dan cita-cita kita..


KENAPA DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN ???


yelaa.. takkan nak jadi pakar sakit tuan kot.. hehee.. bergurau je..


Nuur ada macam2 sebab kenapa kepakaran ni menjadi cita-cita Nuur..


1. Sebagai tuntutan fardhu kifayah
- yelaa, rasanya sekarang lebih ramai lelaki yang menceburi kepakaran ni.. tak tau laa kenapa.. adakah lelaki di luar sana yang sudi isterinya dibidankan doktor lelaki.. mungkin ada yang tak kisah kan.. sebab 'darurat' katanya.. tapi saya pasti mereka lebih suka kalau2 ada doktor perempuan untuk bidankan isteri mereka.. kan perempuan ni pemalu.. dan sesungguhnya, malu itu salah satu cabang keimanan..
- ermm.. bila bercakap soal fardhu kifayah.. bagi saya, menjadi kewajipan untuk seseoarang doktor wanita yang bergelar muslimah itu untuk menerangkan soal ibadat, fiqh wanita kepada 'patient'nya.. lebih2 lagi soal darah dan pengurusannya.. dan ibadat      yang boleh dilakukan.. yelaa.. cuti 40 hari laa katakan.. kalau xde pengisian rohani.. tulaa sampai meroyan..


2. Sebab Nuur memang minat.. lagi-lagi kepakaran ni lebih kepada hal ehwal wanita.. jadi, nanti kalau Nuur kerja.. lagi2 kalau Nuur dah kahwin.. takdelaa husband Nuur jealous sangat.. isy.. lama lagi laa.. soal tu letak tepi dulu.. belum masanya lagi.. sekarang ni Nuur perlu fokus.. Nuur ada pertempuran yang sangat besar dalam medan kejayaan..


MY DREAM.. HERE I COME.. =)


3. Dakwah sambil merawat..
-sesungguhnya, bukankah dakwah itu kewajipan setiap muslim.. cuma pendekatan yang digunakan individu tu saja terpulang padanya.. mungkin ada yang memilih melalui penulisan, keperibadian dan bermacam2 cara lagi.. dan boleh juga disampaikan melalui ingatan dan nasihat..


4. Ermm.. sememangnya negara kita masih memerlukan tenaga pakar untuk menceburi profesion ni.. lebih2 lagi di kalangan wanita.. Apa yang nak Nuur kongsikan ialah.. ketika Nuur belajar di salah sebuah sekolah antarabangsa di Tripoli, Libya dulu.. dalam subjek Geografi ( Nuur memang minat sangat subjek ni.. tau tak Nuur dapat berapa dalam exams.. rahsia tau.. 100%.. masa tu.. memang bermotivasi sangat nak belajar.. mana xnya.. bawak imej negara laa katakan.. MALAYSIA BOLEH!!!.. hehee.. bio and other subject pun macam tu jugak.. hehee.. ni bukan menunjuk laa.. ni rahsia antara kita tau.. -alamak.. macam mana boleh lari topik ni.. ermm.. cepat cover2..)


-ada2 laa Nuur ni.. baiklaa.. berbalik kepada subjek ni.. sebenarnya.. dalam subjek ni.. kita perlu mendalami soal pembangunan, sosial dan bermacam2 lagi kajian kes pelbagai negara.. dan terdapat pelbagai 'indicators' yang digunakan untuk menyukat tahap pembangunan sesebuah negara.. contohnya..
(a) Human Development Index yang merangkumi tiga aspek dan digunakan oleh UNITED NATIONS dalam UNDP ( United Nations Development Programme)
(b) Gross National Product (GNP) oleh the World Bank
(c) .. etc...
-dan sememangnya.. indicator.. population per doctor menjadi antara indicator yang digunakan untuk menyukat tahap pembangunan sesebuah negara..


rasanya, macam2 lagi sebab kenapa kepakaran ni menjadi minat Nuur.. tapi setakat ni je.. untuk post kali ni.. Nuur nak kemas rumah.. dan etc..


Sehingga.. berjumpa lagi... te quiero..


As-salam..


Yang ikhlas;
Nuur =)






'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...