Tuesday, February 8, 2011

Apa Ada Pada Kata...


HAPPY READING 6_6


Apa ada pada kata ???


Agaknya, apa ya yang anda fikirkan di saat mata anda semua mengamati persoalan di atas...


" Hey, rilekslaa sis.. apa kecoh2.. suka hati gua laa nak kata apa.. wat's d' prob sis.. words r just words.."..


" Ermmm.. bagi saya laa.. kata2 itu sesuatu yang amat penting.. mencerminkan keperibadian seseorang.. menunjukkan emosi.. ianya kompleks.."..


"Hello.. wats on earth r u talkin about.. dont mind on people's business k.. my words r up to me.."..


Ermmm.. apa agaknya ya yang sedang anda fikirkan.. Nak pergi mana tu.. nanti dulu ya.. Have a seat please.. 


Baik laa.. post kali ni saya ingin kongsikan dengan kawan2 semua.. apa pentingnya kata2 yang kita ungkapkan..


Hari-hari kita bercakap kan.. 
Cakap tentang diri kita.. tentang dia.. tentang kita.. tentang assignment... macam2laa..
Pokoknya, kalau tak cakap laa untuk sehari.. macam tak lengkap laa hari kita..


Tapi.. cuba kita 'flash back' dulu..
Adakah perkataan yang keluar dari mulut kita tu.. tak mencucuk paku kat hati orang?..
Mungkin bagi kita yang terbiasa ni biasa je.. tapi mungkin bagi orang lain tidak..
Takpe.. takpe.. rileks dulu ya.. mari kita muhasabah diri kita sama2..


Rasanya kita selalu dengar tentang kempen budi bahasa.. dengar lagunya dalam tv..
Kalau kat sekolah.. ada pantun2 yang berunsur nasihat yang mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga tutur kata..


Sejauh manakah pentingnya menjaga tutur kata???...


Berikut antara hadis riwayat Bukhari & Muslim.. tentang topik kita kali ni;


1. Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah b’kata : “Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah. “


2. Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata : “Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja”.



3. Abu Musa Asy’ari melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Siapakah orang Islam yang paling baik?”
Jawab Rasulullah, “Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah & tangannya.”
4. Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad berkata,“Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur & barat.
5. Dari Abu Hurairah juga, Nabi Muhammad pernah berkata, “Hamba Allah yang mengucapkan kata-kata yang diredhai Allah tanpa menghayati kata-katanya itu, Allah mengangkat kedudukannya pada beberapa darjat sebab kata-kata itu. Hamba Allah yang mengucapkan kata-kata yang dibenci Allah tanpa menghayati kata-katanya itu, dia akan jatuh ke dalam neraka sebab kata-kata itu.”
Ermmm... apa pendapat anda sekarang???
Sebenarnya.. tak susah pun nak cakap benda baik2 kan.. tapi kenapa selalu sangat kita keluarkan perkataan2 yang tak baik ni.. isy3.. astaghfirullah.. beristigfar laa sama2 ya.. Kerana mulut, badan binasa..
Sebenarnya.. Nuur sedih sangat bila dengar perkataan yang buruk.. macam F word, B 
word.. dan macam2 lagilaa.. keluar dari mulut orang2 kita.. dekat facebook pun dah jadi kebiasaan.. SEDIH SANGAAAT... mana perginya budi bahasa yang menjadi sanjungan.. kenapa perkataan2 buruk ni jadi kebiasaan... =( 


Bukan kena bayar pun kalau cakap baik2.. dapat pahala lagi..

Jadi.. fikir ya.. jangan laa apa yang kita baca kali ni.. Ibarat.. nampak mata kanan.. keluar mata kiri.. kita laa yang menentukan apa anggapan orang terhadap diri kita..
Apa2 pun.. Nuur minta maaf sangat2.. kalau2 apa yang Nuur kongsikan kali ni.. menyentuh sensitiviti sesiapa.. Nuur minta maaf sangat2.. langsung tak terlintas dalam hati Nuur untuk guriskan hati sesiapa.. Cuma Nuur rasa terpanggil sangat untuk membincangkan perkara ni.. 
BUDI BAHASA, BUDAYA KITA..
Yang ikhlas;
Nuur =)


'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...