Tuesday, February 8, 2011

Cerita Tentang KATAK.. ong.. ong.. =)


HAPPY READING 6_6





AMARAN !!!.. 


JANGAN JERIT..


POST INI HANYA UNTUK  BACAAN GOLONGAN YANG TIDAK MENGHIDAP PENYAKIT ATAU SIMPTOM-SIMPTOM "FROG ALLERGY" atau "FROGOPHOBIA" SAHAJA...


KATAK NI BERKEMUNGKINAN KELUAR DARI SKRIN KOMPUTER ANDA !!!


As-salam...
Hai.. apa khabar semua ???..


Ermmm.. agaknya apa ya yang Nuur nak kongsikan dengan anda semua kali ni.. 
Mungkin ada yang ingat Nuur nak cerita tentang putera katak dan macam-macam lagi laa..


Kawan-kawan semua dah pernah tengok cerita "Princess & the Frog" belum.. Nuur baru je tengok... 3 thumbs up!!! Sebenarnya Nuur memang minat dengan cerita fairytales macam Cinderella, Pinocchio, Aladdin dan macam2 lagi laa.. 


Sebenarnya.. bukan cerita2 ni yang Nuur nak kongsikan.. tapi... 
kalau nak tau.. teruskanlaa membaca... =)


Pertama sekali.. Nuur nak kongsikan cerita tentang...


 'Pak Pandir & Katak'.. 
(mungkin ada unsur tokok tambah atau kekurangan dari cerita asal.. apa2 pun sekadar berkongsi =0 )

Pada suatu hari.. 


Al-kisah pun bermula....


Pak Pandir pun turut serta laa.. dalam satu eksperimen.. untuk mengkaji... tentang kaitan pendengaran dengan bilangan kaki katak.. tak logik kan.. apa2 pun.. marilaa sama2 kita lihat.. laporan eksperimen yang telah dijalankan oleh Pak Pandir terhadap katak2 yang telah menjadi mangsanya.. isy..isy.. kejam kan...  =(


TUJUAN: 
Untuk mengkaji hubungan antara bilangan kaki katak dan pendengarannya..


PERNYATAAN MASALAH:
Adakah katak menjadi pekak apabila kakinya dipotong?


HIPOTESIS:
Katak menjadi pekak apabila semua kakinya dipotong..


MATERIAL & APARATUS:
4 ekor katak, pisau @ gunting @ parang @ gergaji @ penknife @ apa2 yang sesuai untuk digunakan untuk memotong kaki2 katak..


                                                            
      TOLONG !!!! TOLONG !!!! TOLONG KAMI !!! 


PROSEDUR:
1. Mulakan dengan basmalah.. ni step yang paling penting dan tidak boleh ditinggalkan.. agar eksperimen berjalan dengan lancar..
2. Gosok2 kan kedua2 belah tapak tangan.. untuk genggaman yang kuat ke atas alat pemotong...
3. Pastikan katak asal2 tidak mengalami apa2 jenis kecacatan.. lebih2 lagi dari segi pendengaran..
4. Mulakan memotong satu kaki pada katak 1, dua kaki pada katak 2, 3 kaki pada katak 3 dan empat2 kaki pada katak 4.. bisikkan pada keempat2 katak setelah kaki-kaki katak itu dipotong dengan katakan, "katak sayang, jalan laa sekarang... @ apa2 yang sama maksud dengannya.."..
4. Rekodkan tindak balas katak2 tersebut terhadap arahan yang diberi..


KONKLUSI:
Hipotesis diterima.. =)


Apa pendapat kawan2 semua..


Ermmm... setiap kali katak2 itu dipotong kaki @ kaki-kakinya.. katak tu terus lompat.. untuk larikan diri daripada kekejaman Pak Pandir.. kecuali.. katak 4.. kesian.. kesian.. mana taknya.. empat2 kaki kena potong.. camne nak lompat... hehee.. tapi yang x logiknya.. ada ke patut andaian tu yang Pak Pandir buat.. tak patut.. tak patut.. siapa kata patut???.. bolehlaa nanti share kan komen ye...


Agaknya.. apa lagi ye yang Nuur nak kongsikan.. sebenarnya, katak ni.. spesies haiwan yang unik tau.. memang laa ramai jugak yang senang terperanjat kan bila kasut masuk katak.. hehee.. ni mesti kes tak simpan kasut dalam almari ni.. lagi2 waktu hari hujan..


Apa2 pun mari Nuur perkenalkan kawan2 Nuur ni... jangan geli ye.. katak2 ni 'happy go lucky' dan friendly tau.. JOM BERKENALAN !!! =)


  Hai kawan2.. nama saya Greenie.. selamat berkenalan.. saya ni ahli gimnastik katak yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan Frogland kali ke 23.. hehee... jom.. main sama2.. nanti saya lompat keluar ye.. =)






                                  
    As-salam kawan2.. saya Froggie.. saya suka berenang.. kalau kawan2 ada facebook.. add saya ye... saya suka berkawan.. tapi saya ni pemalu.. SELAMAT BERKENALAN !!! :)




  Hai.. hai.. hai.. posto.. posto.. wats up semua.. saya.. STICKY.. cuba tengok badan saya.. melekit kan.. saya sebenarnya bekerja dengan syarikat pos.. disebabkan badan saya yang melekit ni.. senanglaa saya nak tolong lekat2 kan setem2 yang tercabut.. glad to know u.. saya kna pergi dulu.. nak hantar surat ke rumah awak.. tau saya kat mana?? saya kat pintu rumah awak.. cuba cek... ting.. tong.. =)


         YO.. YO.. YO.. WATS UP?? saya laa.. katak 1 yang Pak Pandir guna untuk eksperimen dia.. tapi.. saya sempat lari lepas kaki saya dipotong.. setelah kaki saya dipatahkan.. saya pun kerja keras untuk pembedahan kaki saya.. alhamdulillah.. saya boleh naik motor semula.. cantik tak motor saya.. jangan jealous.. =0






    Hello semua.. saya laa PUTERA KATAK.. tapi cerita saya sangat sedih.. saya kekal menjadi katak buat selama-lamanya.. apa2 pun takpe.. saya setia menanti puteri idaman saya.. sebenarnya.. dah jumpa pun.. hehee.. nak tengok keluarga bahagia saya.....     




   Hai.. saya laa puteri idaman putera katak.. syukur.. kami hidup bahagia bersama.. tu laa bersinar2 je saya ni.. SELAMAT BERKENALAN !!


      
Hai semua.. saya ni laa katak yang digunakan dalam peribahasa tu.. 'IBARAT KATAK DI BAWAH TEMPURUNG'.. ermm.. tak tau laa apa kaitan saya dengan tempurung tu.. isy..isy.. kerana tempurung, katak dapat nama.. tapi.. bila dah masuk zaman sains dan teknologi ni.. title tu pun dah tukar jadi.. 'IBARAT KATAK DI DALAM GELAS'.. apa nak buat ??? dah nasib badan.. nasib.. nasib.. apa2 pun.. hati2 ye.. takut2 lepas ni.. awak jumpa saya bawah gelas awak pulak.. yelaa.. mesti haus dan dahaga kan duduk depan komputer lama2.. SELAMAT BERKENALAN... =]


Nampaknya.. sampai sini sahaja ye.. post kita kali ni.. SELAMAT BERKENALAN dengan kawan2 Nuur ni.. hehee.. apa2 pun.. Nuur nak minta maaf.. andainya terlanjur kata atau buatkan kawan2 semua bosan.. kalau ada apa2 komen.. Nuur terima dengan hati terbuka.. apa2 pun ikut laa tutur kata yang betul... kan dalam RUKUN NEGARA ada terkandung prinsip.. 'kesopanan dan kesusilaan'.. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA !!! ong..ong..


JUMPA LAGI !!!


Yang ikhlas...
Nuur =] 











'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...