Monday, February 14, 2011

Ana MUSLIMAH ???...


HAPPY READING 6_6

Awak Muslimah ???...


Agaknya.. apa yang mungkin saudari semua rasai ketika mata saudari semua mengamati.. pertanyaan di atas..


Sedih.. takut.. hiba...ataupun.. tak kisah pun...


Apa yang penting... 'tepuk dada, tanya iman'...


Sebenarnya.. tak susah pun untuk kita menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslimah.. memang banyak perkara yang perlu kita jaga.. yelah.. dari aspek tutup auratnya.. cara pergaulannya.. dan lain2 lagi.. yang semuanya bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah... untuk menjaga kemuliaan dan harga diri seorang wanita.. 


Sesungguhnya, wanita adalah hiasan dunia.. dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...



        
 As-salam semua.. apa khabar??.. Diharap semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT... Baiklah, buat post kali ini.. Nuur ingin mengajak rakan-rakan muslimah semua.. untuk sama-sama kita bermuhasabah diri dan memperbetul segala kesilapan yang pernah kita lakukan.. Inshaallah.. Allah akan membuka jalan untuk kita untuk memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.. baik segi dalaman ataupun luaran... 



BUAT SEMUA MUSLIMAH...
MARILAH SAMA-SAMA KITA SEMAK KEMBALI.. SEMUA SENARAI MENGENAI AURAT WANITA SEPERTI DI BAWAH.. AGAR KITA BOLEH SAMA-SAMA MEMPERBAIKI DIRI KITA.. MUNGKIN MEMANG KITA DAH TAHU.. TAPI.. NIAT NUUR ADALAH UNTUK MENGINGATKAN DIRI NUUR SENDIRI DAN KAWAN SEMUA... SESUNGGUHNYA, BERINGAT-INGAT & BERPESAN-PESANLAH BUAT KEBAIKAN BERSAMA.. =)


13 AURAT KAUM WANITA

Di bawah 13 batasan aurat wanita seperti yang dinyatakan dalam Al Quran dan Hadis :

1. Bulu Kening
Menurut Bukhari: ‘Rasulullah saw melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan ) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening’. (Riwayat Abu Daud)

2. Kaki (tumit kaki) :
‘ Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.’ (Surah An Nur : 31)
Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah:
- Menampakkan kaki
- Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3. Wangian:
‘Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina’.
(Riwayat An Nasai, Ibnu Khuzaimah ,Ibnu Hibban)

4. Dada
‘Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka’.
(Surah An Nur : 31)

5. Gigi :
‘ Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya’ .
(Riwayat At Tabrani)
‘Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Leher :
‘ Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu .’ (Hadis)
Maksudnya bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung terbuka yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan:
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah saw: ‘ Wahai Asma’ ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja’.
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan :
‘ Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.’
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata :
‘ Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mereka.’ (Surah An Nur : 31)
‘Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yang lain. Kamu hanya boleh memandang pada pandangan yang pertama sahaja, adapun pada pandangan seterusnya tidak dibenarkan.’
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tarmizi)

10. Mulut (suara):
‘ Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik’.
(Surah Al Ahzab : 32)
‘Sesungguhnya aka nada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ‘.
(Riwayat Ibnu Majah)

11.Kemaluan:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ‘.
(Surah An Nur : 31)

12.Pakaian :
‘Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk sturga dan tidak akan mencium baunya.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang dimaksudkan disini ialah:
- Berpakaian nipis (jarang)
- Berpakaian ketat (mengikut bentuk tubuh)
- Berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu)

‘ Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (yang labuh dan longgar) , yang denikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang’.
(Surah Al Ahzab ; 59)

14.Rambut:
‘ Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

                                  


       

    Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
Artikel iluvislam.com

Sebenarnya, Nuur memang tertarik sangat dengan petikan di atas yang Nuur baca di laman web iluvislam.. yang sememangnya banyak memuatkan pelbagai artikel2 yang menarik..


Kalau kita lihat fenomena kebanyakan anak gadis kini.. ramai yang terjebak dengan masalah pergaulan bebas, percintaan di luar pernikahan.. dan macam-macam lagi permasalahan yang kian meruncing.. tak hairanlah kenapa sejak akhir2 ni..


Sebenarnya.. sekiranya adab2 pergaulan yang telah dianjur dalam agama kita dijadikan pegangan.. sudah tentu.. perkara-perkara seperti ini dapat dibendung..


Buat renungan semua..
Sesungguhnya.. kita punya pilihan..
sama ada merah atau putih.. kitalah menentukannya..
sama-samalah.. kita bentuk diri kita.. ke arah menuju profil muslimah sejati...




Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...
"SEMOGA KITA DIBERI HIDAYAT-NYA.. DAN SESUNGGUHNYA HIDAYAT ITU PERLU DICARI..."

Yang ikhlas;
Nuur =)


            

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...