Saturday, March 12, 2011

renungan buat muslimah..


HAPPY READING 6_6

satu artikel yg sesuai tuk muslimah.... 
Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, 

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki,

Bila berkata tentang terpikat, 

Maka ia ada hubungkait dengan nafsu,

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

Ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman,

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol,

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah

rambut wanita berkenaan.

Makaakan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup auratnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya,

maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walaupun sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika ia memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu untuk tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai Muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, 

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, 

kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya ada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai Muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan dianggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing.

Jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram,

atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah, "Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih ia tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dlarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatlah wahai muslimin dan muslimat.

walau tidak semua orang seperti itu tapi zaman sekarang ini amat sukar untuk mencari yang betul2 baik dan soleh@solehah.......

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga....

Wassalam..................


'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Sunday, March 6, 2011

welcome to.. faceblog ^_^


HAPPY READING 6_6





SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH...




'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Saturday, March 5, 2011

wahai MUSLIMAH.. jangan buka diri.. =)


HAPPY READING 6_6

As-salam..
apa khabar.. harap semuanya sihat2 selalu..



by Erna Diana on Thursday, January 6, 2011 at 11:01pm
(1) “ Perempuan …yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.
 
(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.
Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)
 
(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
 memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”
 
(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.
 
(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)
 
(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita
Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya
Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya
Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.
Wallahu’alam..
p/s : Nuur copy paste dari facebook, dan ana rasa eloklah jika para muslimah terutamanya ambil iktibar dari artikel ini.

Yang ikhlas;
Nuur ^_^

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Tuesday, March 1, 2011

Cuti-cuti Lepas SPM... ^_^


HAPPY READING 6_6


Buat semua lepasan SPM 2010.. 

Apa agaknya ya aktiviti yang kawan2 lakukan sementara tunggu result dan sambung pelajaran nanti?..

Mungkin ada yang pergi kelas memasak, kelas memandu, ber'facebook', berblog.. dan macam2 lagi.. apa2 pun yang penting isikanlah masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah..

Sementara tunggu result ni.. macam2 yang Nuur buat.. 
Antaranya.. ^_^


readingmengajimengecatmemasakkerja rumah
jadi babysitter

 ber'facebook'.. hehee..

 blogging..



Inshaallah, nanti bila2 Nuur kongsikan koleksi resepi Nuur.. 
macam2 Nuur masak.. 
Nuur memang suka masak.. dari darjah 3 dah belajar masak..
tapi, sejak tinggal di asrama waktu f4 & f5 jarang laa masak.. kecuali bila balik b'malam..
Seronok bila family suka masakan kita kan.. 

Semoga kita sama2 memperoleh faedah sepanjang masa lapang kita sekarang..
Ini laa masa2 berharga untuk kita topup iman kita.. ilmu agama.. dan macam2 lagi..





JAWATAN KOSONG !!!

Ingin menjadi PENTERNAK LEMAK YANG BERJAYA ???..
Mudah saja..
Anda hanya perlu makan.. tido.. makan.. tido.. hari2..


As-salam..

Yang ikhlas;
Nuur ^_^


'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Result SPM 2010... bila keluar ye???...


HAPPY READING 6_6

Pengumuman Keputusan SPM 2010




Ermmm.. Mesti kawan-kawan semua tertanya-tanya kan bila agaknya result spm 2010 akan diumumkan..

Nuur pun lepasan SPM 2010.. 
Memang agak tak keruan jadinya bila memikirkan bila tarikh sebenar result SPM 2010..
Mana taknya.. banyak sangat tarikh jangkaan yang dikeluarkan..

Antara tarikh2nya...

28 feb.. dh lepas dah..
10 mac.. boleh jadi, sebabnya hari khamis.. just wait n see ^_^
11 mac.. jumaat, ermm.. no comment.. =]
13 mac.. ahad, cuti sekolah.. =b
14 mac.. cuti sekolah.. 
23 mac.. mungkin jugak.. Nuur dapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai..

Kesimpulannya, kita tunggu laa sama2 ye.. 
Bagi yang sekolah jauh.. mungkin di MRSM atau SBP.. 
Semoga dipermudahkan untuk ambil result nanti harapnya.. ^_^



  Apa target result kawan2 semua?.. Semoga kejayaan bersama kita.. Sama2lah kita berdoa agar dipermudankan oleh-Nya.. dan diberi kejayaan yang cemerlang.. Amin.. Inshaallah.. =]










'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Monday, February 14, 2011

Ana MUSLIMAH ???...


HAPPY READING 6_6

Awak Muslimah ???...


Agaknya.. apa yang mungkin saudari semua rasai ketika mata saudari semua mengamati.. pertanyaan di atas..


Sedih.. takut.. hiba...ataupun.. tak kisah pun...


Apa yang penting... 'tepuk dada, tanya iman'...


Sebenarnya.. tak susah pun untuk kita menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslimah.. memang banyak perkara yang perlu kita jaga.. yelah.. dari aspek tutup auratnya.. cara pergaulannya.. dan lain2 lagi.. yang semuanya bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah... untuk menjaga kemuliaan dan harga diri seorang wanita.. 


Sesungguhnya, wanita adalah hiasan dunia.. dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...



        
 As-salam semua.. apa khabar??.. Diharap semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT... Baiklah, buat post kali ini.. Nuur ingin mengajak rakan-rakan muslimah semua.. untuk sama-sama kita bermuhasabah diri dan memperbetul segala kesilapan yang pernah kita lakukan.. Inshaallah.. Allah akan membuka jalan untuk kita untuk memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.. baik segi dalaman ataupun luaran... 



BUAT SEMUA MUSLIMAH...
MARILAH SAMA-SAMA KITA SEMAK KEMBALI.. SEMUA SENARAI MENGENAI AURAT WANITA SEPERTI DI BAWAH.. AGAR KITA BOLEH SAMA-SAMA MEMPERBAIKI DIRI KITA.. MUNGKIN MEMANG KITA DAH TAHU.. TAPI.. NIAT NUUR ADALAH UNTUK MENGINGATKAN DIRI NUUR SENDIRI DAN KAWAN SEMUA... SESUNGGUHNYA, BERINGAT-INGAT & BERPESAN-PESANLAH BUAT KEBAIKAN BERSAMA.. =)


13 AURAT KAUM WANITA

Di bawah 13 batasan aurat wanita seperti yang dinyatakan dalam Al Quran dan Hadis :

1. Bulu Kening
Menurut Bukhari: ‘Rasulullah saw melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan ) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening’. (Riwayat Abu Daud)

2. Kaki (tumit kaki) :
‘ Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.’ (Surah An Nur : 31)
Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah:
- Menampakkan kaki
- Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3. Wangian:
‘Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina’.
(Riwayat An Nasai, Ibnu Khuzaimah ,Ibnu Hibban)

4. Dada
‘Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka’.
(Surah An Nur : 31)

5. Gigi :
‘ Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya’ .
(Riwayat At Tabrani)
‘Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Leher :
‘ Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu .’ (Hadis)
Maksudnya bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung terbuka yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan:
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah saw: ‘ Wahai Asma’ ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja’.
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan :
‘ Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.’
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata :
‘ Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mereka.’ (Surah An Nur : 31)
‘Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yang lain. Kamu hanya boleh memandang pada pandangan yang pertama sahaja, adapun pada pandangan seterusnya tidak dibenarkan.’
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tarmizi)

10. Mulut (suara):
‘ Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik’.
(Surah Al Ahzab : 32)
‘Sesungguhnya aka nada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ‘.
(Riwayat Ibnu Majah)

11.Kemaluan:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ‘.
(Surah An Nur : 31)

12.Pakaian :
‘Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk sturga dan tidak akan mencium baunya.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang dimaksudkan disini ialah:
- Berpakaian nipis (jarang)
- Berpakaian ketat (mengikut bentuk tubuh)
- Berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu)

‘ Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (yang labuh dan longgar) , yang denikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang’.
(Surah Al Ahzab ; 59)

14.Rambut:
‘ Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

                                  


       

    Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
- Artikel iluvislam.com

Sebenarnya, Nuur memang tertarik sangat dengan petikan di atas yang Nuur baca di laman web iluvislam.. yang sememangnya banyak memuatkan pelbagai artikel2 yang menarik..


Kalau kita lihat fenomena kebanyakan anak gadis kini.. ramai yang terjebak dengan masalah pergaulan bebas, percintaan di luar pernikahan.. dan macam-macam lagi permasalahan yang kian meruncing.. tak hairanlah kenapa sejak akhir2 ni..


Sebenarnya.. sekiranya adab2 pergaulan yang telah dianjur dalam agama kita dijadikan pegangan.. sudah tentu.. perkara-perkara seperti ini dapat dibendung..


Buat renungan semua..
Sesungguhnya.. kita punya pilihan..
sama ada merah atau putih.. kitalah menentukannya..
sama-samalah.. kita bentuk diri kita.. ke arah menuju profil muslimah sejati...




Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...
"SEMOGA KITA DIBERI HIDAYAT-NYA.. DAN SESUNGGUHNYA HIDAYAT ITU PERLU DICARI..."

Yang ikhlas;
Nuur =)


            

'like' n comments do make me feel appreciated.. so, will u?? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...